1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh atau tebal di bahagian dibahagian utara (kurang cahaya) pada sebelah pokok atau batu. Ia akan tumbuh dengan segar diarah itu.
2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.
3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:
a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).
b. Jikalau waktu itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6
petang, bayangkan satu garisan di jam anda contoh seperti garisan oren
dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas
ialah 1:25petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.
c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.
Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.
4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat ganbar dibawah.
5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.
5.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima
bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling
bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan,
dan pasti anda tahu dinama arah utara.
7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.
8.Dengan melihat matahari terbenam ke
barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula
sebelah kanan anda.
9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan)
10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)
11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah barat.
12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan
13.Dengan menggunakan sistem GPS...carilah utara
14.Dengan
mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya
carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.Hanya 14 teknik yang saya berjaya cari dan menulisnya. jika ada lagi teknik mencari arah utara sila taip diruagan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf juka ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.
sekian terima kasih
0 komentar:
Post a Comment